Tuesday, May 14, 2013

Amount of milk needed by baby in 24 hours

selalu kita terfikir. cukup kah susu badan saya ini?

atau

kenyang sudahkah anak saya ni ah?

jadi hari ini saya mahu kongsikan soalan-soalan seperti diatas ini jawapannya. jeng jeng jeng

 cuba kita lihat 1st day usia seorang bayi. tak banyak diperlukan untuk setiap sesi menyusu.




 Perut bayi berusia 1 hari cuma sebesar guli sahaja.

 Amount of milk needed by baby in 24 hours

Contoh-contoh pengiraan.

conclusion/kesimpulannya
susu ibu sentiasa cukup untuk anak.

Souce: Kellymom and a baby's best start nursing centre.


Polisi Penyusuan Susu Ibu






Semua Ibu DIGALAKKAN menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berumur enam bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur dua tahun.

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur enam bulan

ini bermakna dari lahir hingga 6 bulan bayi:
- diberi susu ibu sahaja
- tidak perlu air atau susu tambahan
- tidak perlu makanan pelengkap   


Source: Panduan penyusuan susu ibu bagi ibu bekerjaya

Friday, May 3, 2013

Tips Tingkatkan Susu Ibu. Tips dari Shaklee

Cara nak meningkat susu ibu. sebenarnya masih lagi benda yang sama. 


  1. Konsep supply & demand
  2. minum air yang banyak, sebanyak 3 liter setiap hari
  3. jika bekerja, pump secara konsisten
Namun untuk membantu dan melancarkan banyak cara-cara.

Jom baca tips dari SHAKLEE

Click image tersebut untuk melihat lebih jelas
Source: ishihatmagazine


Thursday, May 2, 2013

Tumbuh Gigi! Anak tidak selera makan! Anak cenggeng saja!

Hi semua, ini yang dialami oleh anak saya sekarang. tak nak makan dan cenggeng saja. sedih tengok. Makan pun 3 or 4 sudu saja. huhhuu terkurus turus anak saya. bila nak makan keluar balik sebab kena gusi confirm kesakitan. hanya nak menyusu dan jika saya sampai saja dari kerja, satu kemestian bagi si anak ini...SUSU BADAN, nah ambik ko dari jam 6 sehingga esok pagi nak melekat saja huhuhu.

cute kan tu gigi baby hehehe


Teething Timeline

risau di hati membuatkan saya mencari jalan penyelesaian. ini nah hasil dari uncle GOOGLE. tips tips yang best untuk saya, biasala baru anak 1 hehehe. Jom baca cara nak atasi.



Melihat gigi pertama bayi merupakan saat yang menggembirakan. Namun untuk menjaga giginya itu perlu dilakukan sejak kecil lagi. Percaya atau tidak, itulah hakikat yang mesti anda akui bahawa gigi mula terbentuk sejak bayi berusia beberapa bulan.

Kebanyakan bayi mulai tumbuh gigi sekitar usia enam bulan. Malah ada juga sesetengah bayi mulai tumbuh gigi pada usia 4 bulan dan ada juga yang tumbuh gigi pertama selepas berumur 1 tahun. Manakala dalam sesetengah kes, ada bayi yang dilahirkan sudah mempunyai gigi. Ia dikenali sebagai gigi neonatal. Gigi ini telah tumbuh dan hadir dalam mulut bayi semasa bayi dilahirkan. Ia amat jarang berlaku.

Reaksi
Apabila gigi susu tumbuh, jangan hairan jika anak anda menunjukkan perubahan sikap. Antara perubahan sikap atau reaksi yang biasa ialah :

Kegatalan Gusi
Ini boleh dikurangkan dengan memberi teether atau tuala sejuk untuk digigit agar bayi lebih selesa.

Gusi Sakit
Ini boleh dilihat dengan gusi kelihatan berwarna merah dan terasa panas. Bayi juga mungkin banyak merengek dan menangis kerana tidak selesa.

Demam
Ada juga bayi yang mungkin demam setiap kali tumbuh gigi. Ini boleh diatasi dengan memberikan bayi ubat tahan sakit seperti paracetamol. Namun pastikan dos yang diberi betul dan tidak melebihi had maksimum dalam sehari.

Kurang Makan
Selera makan bayi juga akan kurang. Jika bayi tidak mahu makan, pastikan dia mendapat cukup cecair. Berikan lebih susu dan air.

Atasi Masalah Ketika Tumbuh Gigi
1.Cuba memberinya sesuatu yang keras untuk di kunyah, seperti kepingan keju atau lobak merah atau gegelang gigi pertama yang sejuk. Jangan tinggalkan anak anda seorang diri ketika dia sedang mengunyah bedan keras, dikhuatiri jika ia tercekik.
2.Jika gusi bayi merah dan bengkak, urut lembut dengan jari anda atau ketulan kecil ais (tapi awas, bayi boleh mendapat frost bite). Cuba gunakan sedikit gel theeting bebas gula.
3.Jika si manja kelihatan sakit ketika tumbuh gigi, cecair paracetamol boleh membantu. Berikan mengikut nasihat doktor. Jangan berikan aspirin untuk kanak-kanak di bawah usia 12 tahun.
4.Dakap dan tenangkannya. Dukung dan bawanya berjalan-jalan atau bersiar-siar dengan kereta.
5. Sekali sekala bawa dia mengunjungi doktor gigi. Doktor gigi akan memberikan nasihat yang betul bagaimana untuk menjaga gigi pertama.
 
Penjagaan Gigi Dengan Berus Gigi Yang Lembut
Setelah gigi tumbuh, gigi perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Gunakan tuala basah yang lembut untuk membersihkan gigi. Terdapat juga berus gigi bayi yang lembut di pasaran. Bayi yang kecil tidak tahu meludah jadi penggunaan ubat gigi tidak perlu untuk bayi pada umur begini.

Masalah Gigi
Menyentuh masalah pergigian yang serius boleh dialami oleh kanak-kanak ialah karies rampan (rampant caries). Keadaan ini adalah di mana gigi kanak-kanak menjadi reput dan hancur dan akhirnya tinggal tunggul-tunggul sahaja. Keadaan ini menyebabkan kanak-kanak sentiasa sakit gigi akibat infeksi dari gigi dan gusi. Ia diakibatkan oleh kehadiran gula dari susu, susu formula dan jus yang sentiasa bertakung dalam mulut bayi untuk masa yang lama.

Juga berlaku apabila bayi tidur dengan botol susu dalam mulut semalaman atau penggunaan botol susu untuk jangka masa yang lama sepanjang hari. Tindak balas bakteria dalam mulut terhadap gula ini akan menyebabkan kerosakan gigi berlaku

Jika merujuk kepada masalah nursing bottle caries ini lebih ketara selepas bayi berusia tahun. Jadi langkah-langkah pencegahan mesti diambil awal iaitu sejurus selepas gigi tumbuh.

Sementara itu amalan pemakanan sihat perlu diamalkan. Berikan makanan yang seimbang. Lebihkan pemberian buah-buahan dan sayur-sayuran untuk pembentukan tulang, gigi dan kulit yang sihat. Elakkan dari memberikan bayi sebarang makanan yang manis pada umur semuda ini. Jangan lupa bahawa bayi dan kanak-kanak gemar meniru gelagat ibu bapa. Jadikan proses pembersihan gigi satu aktiviti yang dibuat bersama.

Source: PAMA

Wednesday, May 1, 2013

Set A (Vitamin asas)

Adakah anda menghadapi kekurangan vitamin?


  1. Adakah anda makan 4 hidangan sayuran hijau/kuning/merah setiap hari?
  2. Adakah anda makan 2 hidangan buah-buahan setiap hari?
Jika jawapan TIDAK pada mana-mana soalan di atas anda berpontesi untuk mengalami kekurangan vitamin.

Jika ada kesedaran, ingin kekalkan kesihatan. boleh amalkan set A ini.  terdiri daripada Vitalea(multivitamin), B Complex dan Vitamin C.


Jika berminat, boleh menghubungi saya.  saya sedia membantu bersama konsultasi.

Email:susanvince@gmail.com
FB page: mommydante
ID : 880591

Skin Protection Tips


1. Avoid being out in the sun for long periods between 11:00am to 4:00pm.

2. Drink plenty of water to keep yourself re hydrated

3. Also try and cool yourself by a shower or bath after coming in from the sun.

4. Wear a long sleeved shirt and full trousers or a long skirt (have you noticed people living in deserts? The always wear full sleeves)

5. Wear UV Blocking sunglasses

6. Use and umbrella or a broad brimmed hat.



Source: 5 steps to maintain good health & beauty

Thursday, April 25, 2013

Set Berpantang / Confinement

Pasti ramai ibu-ibu baru yang sedang mengandung perlukan pendapat rakan-rakan, set berpantang mana yang sesuai untuk mereka.

Topik kali ini ialah SET BERPANTANG


hari ni nak crita pasal pantang selepas melahirkan anak. Terdapat berbagai cara orang berpantang, namun semuanya mempunyai tujuan yang sama iaitu, untuk memulihkan tubuh badan agar kita dapat meningkatkan semula tenaga...


Selalunya berpantang mengambil masa 40 hari. Masa ini melibatkan siibu membiasakan diri pada perubahan emosi dan fizikal dengan pertambahan ahli keluarga baru. Dalam proses perubahan dan pemulihan ini, siibu memerlukan banyak rehat dan nutrisi pemakanan yang seimbang.




Mengapakah Nutrisi Pemakanan Penting?

Tubuh badan seorang ibu telah mengalami banyak perubahan semasa mengandung dan melahirkan anak dan ini termasuklah luka2 tidak kiralah dari pembedahan ataupun melahirkan anak secara normal.  Ini perlu dipulihkan. Selain dari banyakkan berehat, pemakanan yang sihat perlu untuk menyokong penyembuhan ini. Nutrisi pemakanan juga penting untuk mengekalkan kesihatan agar siibu dapat meningkatkan tenaga untuk menjaga anak yang baru lahir.


Nutrisi juga penting bagi siibu yang ingin menyusukan anaknya. Pemakanan yang sihat dan seimbang boleh menyokong penghasilan susuibu pada masa pantang. 



Tetapi apa yang sering berlaku adalah si ibu sering sibuk dengan dengan anak yang baru lahir hingga tidak memikirkan pasal pemakanan. Atau pun jika siibu seperti saya, tak suka sangat nak makan makanan seperti ikan haruan, ikan yang memulihkan luka... Kena paksa baru nak makan.. he he he...


B Complex
  • Bertindak sebagai anti-stress
  • Membantu mengelakkan meroyan
  • Membantu menstabilkan hormon

Vitamin C (Sustaine Realease Vita-C)
  • Membantu pembentukan kolagen
  • Membantu proses baikpulih luka
  • Membantu mencantikkan kulit dan memudarkan stretch marks

Vitalea (Multivitamin with iron)
  • Multivitamin yang dilengkapi dengan zat besi - membantu tambah darah
  • Membekalkan zat dan mineral penting supaya badan cepat sihat dan cergas

Zinc Complex
  • Fungsinya seperti ikan haruan yang bertindak membantu proses baikpulih luka dengan cepat

Ibu yang mengambil set asas pantang ini juga biasanya akan add on:

Ostematrix
  • Membantu mengelakkan sembelit
  • Menggalakkan penghasilan susu ibu
  • Membantu ibu kekal cergas dan bertenaga
  • Membantu menghilangkan kebas, sakit belakang, sakit pinggang dan keletihan melampau
ESP
  • Menggalakkan dan melancarkan penghasilan susu ibu
  • Membantu mencantikkan kulit ibu dan bayi kerana menghasilkan sel kulit baru yang sihat
  • Memberi tenaga kepada ibu agar kekal cergas





** Semua testimoni/penulisan tentang produk yang dikongsi di sini bukan bertujuan untuk merawat, mencegah, mendiagnos atau menyembuhkan apa jua penyakit. Pembaca yang mengalami masalah kesihatan digalakkan mendapat nasihat dari pakar perubatan. 


Boleh hubungi saya melalui:



sms/whatsApp: 012-8204622
emel: susanvince@gmail.com
fb: Dennis Suzanne
ID Shaklee: 880951